Free File Hosting ( Up To 100mb )

Dec 12, 2008

IDance banteras dadah, arak

IDance banteras dadah, arak

KOMTAR - Kebelakangan ini gejala sosial semakin menular dalam kalangan remaja di Malaysia.

Malah hampir separuh daripada mereka terpengaruh dengan gejala negatif ini akibat pengaruh rakan sebaya.

Sehubungan itu, sekumpulan anak muda terpanggil untuk membanteras masalah tersebut dengan mewujudkan program IDance.

Pengurus projek Kempen IDance, Grace Chiam berkata, ia bertujuan membanteras masalah budaya lepak, vandalisme, lumba haram dan juga penyalahgunaan dadah dan alkohol.

“Kami mahu membantu remaja dengan mewujudkan aktiviti sihat supaya mereka mendapat saluran yang betul untuk berhibur.

“Mereka tidak perlu minum arak dan mengambil dadah di pusat-pusat hiburan, kerana dengan program IDance mereka akan bebas daripada gejala negatif itu,” katanya.

Grace juga memaklumkan, seramai 2,000 orang telah menyertai kempen yang bermula sejak Ogos lalu.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah bengkel tarian jalanan, IDANCE Campus Rally, kelas tarian hip hop mingguan dan sebagainya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Pertandingan IDance di Pejabat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, KOMTAR.

Pertandingan IDance akan bermula pada 20 Disember ini di New World Park, Pulau Pinang.

Pada tarikh berkenaan, kumpulan bertanding akan disaring terlebih dahulu untuk ke peringkat akhir yang akan berlangsung di Queensbay Mall pada 27 Disember.

Sehingga kini, sebanyak 15 kumpulan akan berentap bagi merebut wang tunai berjumlah RM2,000 untuk juara manakala tempat kedua pula sebanyak RM1,500 dan ketiga RM1,000.

Hasil penganjuran kempen I-Dance yang memberangsangkan pada 2007, membolehkan penganjur sekali lagi mewujudkan pertandingan ini.

Malah dijangkakan seramai 20,000 orang bakal membanjiri Queensbay Mall untuk pertandingan akhir.

Pertandingan I-Dance telah mendapat sokongan penuh daripada Kerajaan Pulau Pinang.

0 Comments:

Post a Comment