Free File Hosting ( Up To 100mb )

Dec 16, 2008

Dec 15, 2008


For More Infomation : www.idance2008.blogspot.com !!

Dec 14, 2008


Download Borang Penyertaan >>>>>> Borang Shuffle Comp Putrajay.doc

Cara-cara daftar group...

1. Download borang yg tertera diatas.
2. Isi borang bagi lengkap sume.
3. Bace Syarat2 die.
4. Print Borang yg anda isi tu.
5. Bwk borang g putrajaya.
6. bagi kt urusetia untuk daftar.
7. JGN LUPE BWK CD...!!
8. Ajak ramai2 dtg pertandingan nie..(masuk free je kot....)
9. Single pon ley masuk, tapi campur ngan groupla

*Sape yang rase diri die disiplin, korang isila borang nie pastu print n jgn lupe bwk...
*Sape yg rase dirinya buta i.t, boleh daftar kt sane jgak... (tp senangkanlah kerja kami...)
*WAKTU PENDAFTARAN HANYA DIBUKA PADA JAM 10PAGI-12 TGH ARI...!!!!!! (JGN LAMBAT)!!!!

thanks,
eddy...

Dec 12, 2008

IDance banteras dadah, arak

KOMTAR - Kebelakangan ini gejala sosial semakin menular dalam kalangan remaja di Malaysia.

Malah hampir separuh daripada mereka terpengaruh dengan gejala negatif ini akibat pengaruh rakan sebaya.

Sehubungan itu, sekumpulan anak muda terpanggil untuk membanteras masalah tersebut dengan mewujudkan program IDance.

Pengurus projek Kempen IDance, Grace Chiam berkata, ia bertujuan membanteras masalah budaya lepak, vandalisme, lumba haram dan juga penyalahgunaan dadah dan alkohol.

“Kami mahu membantu remaja dengan mewujudkan aktiviti sihat supaya mereka mendapat saluran yang betul untuk berhibur.

“Mereka tidak perlu minum arak dan mengambil dadah di pusat-pusat hiburan, kerana dengan program IDance mereka akan bebas daripada gejala negatif itu,” katanya.

Grace juga memaklumkan, seramai 2,000 orang telah menyertai kempen yang bermula sejak Ogos lalu.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah bengkel tarian jalanan, IDANCE Campus Rally, kelas tarian hip hop mingguan dan sebagainya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Pertandingan IDance di Pejabat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, KOMTAR.

Pertandingan IDance akan bermula pada 20 Disember ini di New World Park, Pulau Pinang.

Pada tarikh berkenaan, kumpulan bertanding akan disaring terlebih dahulu untuk ke peringkat akhir yang akan berlangsung di Queensbay Mall pada 27 Disember.

Sehingga kini, sebanyak 15 kumpulan akan berentap bagi merebut wang tunai berjumlah RM2,000 untuk juara manakala tempat kedua pula sebanyak RM1,500 dan ketiga RM1,000.

Hasil penganjuran kempen I-Dance yang memberangsangkan pada 2007, membolehkan penganjur sekali lagi mewujudkan pertandingan ini.

Malah dijangkakan seramai 20,000 orang bakal membanjiri Queensbay Mall untuk pertandingan akhir.

Pertandingan I-Dance telah mendapat sokongan penuh daripada Kerajaan Pulau Pinang.

Dec 6, 2008

AssCrewZ Ragnarok Online Present Shuffle Competition ;)

No.1 Prize : Full Set Item VK +10
No.2 Prize : Full Set Normal Item +10
No.3 Prize : 3 Custom Item +10 + 3 Card

And 5 For Lucky Video Prize :-

  • AssCrewZ Card
  • TheFr3aky Card
  • Memess Card
  • Angel Card
  • Xtreme Card
  • Spoiler Shuffler Card
  • FunkaFaction Card
  • Hardstyle Republic Card
  • Shuffle Card
  • Bass Music Card
  • Loving Card
  • Totally Hardstyle Extreme Music
All Item In Game !!

Ending Before 15 December !!

Please Post Your URL Video Shuffle At saifulcrewz@gmail.com Now !!

Example :-

Topic : My Video Shuffle Competition !!

Msg :-
AssCrewZRo Shuffle Competition.
Username : SaifulCrewZ
URL : http://www.youtube.com/watch?v=T2Q3FlhJHFQ

Dec 5, 2008

Salam Tautan Kasih Sayang Buat Semua:)

Saya sudah lama tak update blog ini. Hari ini ada nilai rajin untuk update setelah lama tidak aktif menulis di layar maya ini. Pagi ini saya membelek-belek sisipan muka depan akhbar Harian Metro, bertajuk “Bergasak kerana tarian”. Berita mengenai remaja anak muda kita pada hari ini yang “Mantop” dan “Bijak” menari tarian yang dikatakan menarik iaitu “Shuffle”. Saya ringkaskan kandungan berita tersebut. Tarian ini dijadikan “Lesen” untuk mereka berpeleseran sambil minum arak dan bergaduh sesama sendiri. Itu rangkaian ayat mukadimah laporan berita tersebut. Saya merasakan anda semua pasti sudah tahu dan diberitahu juga mengenai kegiatan remaja dengan tarian Shuffle ini.

Baru-baru ini juga saya berkesempatan berada di sebuah pusat membeli-belah di Pulau Pinang, dan aktiviti Shuffle ini juga dapat dilihat di sana. Remaja lengkap beruniform rasmi kumpulan Shuffle mereka dengan lambang dan identiti tersendiri. Saya pasti mereka ini semuanya masih bersekolah dan ada keluarga masing-masing. Ibu bapa saya juga tidak senang dengan suasana yang sebegitu kerana mereka remaja kita hari ini dan generasi akan datang! Tugas kita semua semakin berat untuk menyelamatkan bahtera generasi hari ini untuk sama-sama menongkah arus yang sentiasa bergelora ini.

Bukan ini sahaja isu yang menyentuh anak-anak generasi kini, banyak lagi sebenarnya yang kita tahu wujud di sekeliling kita. Semoga sama-sama kita fikirkan dan lakukan sesuatu. Rujuk juga di website ini http://urusetialandas.blogspot.com

Catatan ini telah dibuat pada November 10, 2008 pada 1:48 am di bawah Semasa . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed Anda boleh catatkan maklumbalas, atau trackback daripada laman anda.

9 Respons kepada “Zaman Shuffle La Pulak”


  1. maskawaih Berkata:

    Shuffle ni dah lama ada. nak ikutkan sejenis upgrade dari breakdance. style lagu plak jenis2 lagu trance kat disco. shuffle agak berlainan daripada daripada tarian hip hop walaupun dari mata orang biasa tak dapat nak bezakan. sebenarnya tarian shuffle agak menarik lagi2 kalau dalam kumpulan (pandangan dari sudut kesenian).

  2. Bayan Berkata:

    Saya cuba google ‘budaya shuffle’, tapi tak banyak bahan boleh diperolehi. Boleh bantu saya dapatkan maklumat yang terperinci tentang budaya ini?

  3. kayrulzam Berkata:

    Assalamualaikum wbt. Terima kasih atas kunjungan ke nizam83.wordpress.com

    Saya juga tidak dapat maklumat lanjut mengenai Tarian Shuffle ini,tetapi hanya melihatnya secara realiti di khalayak ramai, anak2 remaja kini sedang ghairah bersama budaya Tarian Shuffle ini. Dari segi kesenian gerak tarinya mmg menarik yang boleh menggambarkan keSATUan dalam satu kumpulan. Tetapi amat menyedihkan “lesen” dan “permit” untuk berhimpun itu disalahgunakan dan timbulnya pelbagai perkara yang tidak sehat di kalangan remaja kita.

    Jika ingin berkongsi apa2 maklumat boleh dihubungi melalui blog atau emel saya. Terima kasih.

  4. Ashall Berkata:

    sy sbenarnye seorg shuffler….
    shuffle tue adalah sebuah tarian barat yg
    dibawa ke MALAYSIA…

    bkn semua shuffler berkelakuan sedemikian…
    hanya segelintir sahaja..

    utk pengetahuan semua,shuffle di Malaysia
    kini telah di ubahsuai…kalau di luar negara,mereka semua
    perlu minum ‘arak’ utk mengkhayal kan diri mereka smbil menari…
    ttapi di MALAYSIA,kami sbagai shuffler, telah menukar budaya tersebut…

    di negara luar, mereka menjdikan ‘arak’ itu sbagai satu calture sbelum mereka ber-shuffle….

    so, jgn lah membenci kami…kerana shuffle itu seni….
    skrang nie dah banyak competittion yg di anjur kan oleh
    rakan muda,ribena dan bnyk lagi…

  5. kayrulzam Berkata:

    Terima kasih Saudara Ashall..

    Saudara Ashall, kita tidak Membenci kalian yang bergelar Shuffler,ya shuffle itu ada nilai seninya dengan gerak tari yang boleh membina satu kreativiti kerjasama secara berkumpulan.

    Saya juga kagum dengan bakat adik-adik shuffler ini yang sememangnya berbakat untuk menari dan mengikut rentak irama muzik yang dipersembahkan.

    Cumanya, yang menimbulkan kegusaran bagi kita ialah kesampingan “kerja” yang tidak sehat berlaku itu seperti pergaduhan dan sebagainya memungkin kan ia menjadi lebih parah.

    Mungkin satu cadangan kepada penganjur pertandingan, diadakan aktiviti ini di dalam kawasan selamat dan tertutup seperti studio, pentas yang sesuai untuk ahli keluarga berkunjung dan sebagainya. Kawalan keselamatan kepada si penonton juga perlu dan alangkah baiknya, pertandingan diadakan secara berasingan lelaki dan perempuan:) lebih indah pemandangannya dan cantik seninya itu.

    Sekadar bicara ringkas daripada saya.

  6. kamal fnd Berkata:

    1950an- joget
    1960an- agogo, pop yeh yeh
    1970an- twist, funky
    1980an- disko, breakdance

    Ini sedikit susurgalur pop culture remaja di Msia. Masalahnya gini, bila segelintir remaja menyimpang, semua akan dilabel bermasalah. Yang menjadi polis moral cepat cepat menuding jari dan memberikan kata kata negatif kepada pihak yang salah!

    Ini bukanlah satu yang asing di negara kita. Semakin seorang itu tua, dia akan menjadi semakin konservatif. Walhal, semasa mudanya, ada diantara mereka yang memang johan travolta atau pak meon pun!ha ha ha

    Kepada yang bersih, kita tabik dan minta mereka sendiri memperbaiki keadaan di kalangan peminat dan penyokong mereka khususnya yang di bawah umur ini.

    Bukannya tiada tempat, tapi memang nasib anak melayu akan selalu merempat.

    kamal fnd hashim
    penganalisis jenayah

    Yang demikian, buka minda, buka hati, kenali diri.

  7. manja Berkata:

    Salam semua…..

    Saya merupakan ibu kepada 2 org anak yg berusia 7 dan 3 tahun. Disebabkan pengaruh TV dan persekitaran… kedua2 anak saya kini tidak terlepas dari meminati tarian shuffle. Memang melucukan bila tengok mula2 mereka bershuffle. Sekarang kedua2nye agak pandai menggayakan tarian tersebut.

    Bagi saya tarian shuffle adalah satu tarian yang bersahaja mengikut rentak muzik. Memang betul satu2 budaya yg timbul ada baik buruknya. Tetapi bagi saya rosaknya satu budaya itu adalah kerana manusia itu sendiri. Sekiranya individu itu sendiri memilih untuk memburukkan budaya itu, maka buruk lah.

    Boleh dikatakan saya bangga dengan kebolehan anak2 saya meniru tarian shuffle dan saya turut memberi sokongan untuk mereka lebih kreatif menggayakan tarian ini. Saya berkongsi info2 tentang tarian shuffle yang saya dapat melalui internet bersama mereka. Mungkin kalau ada CD tentang tarian ini, tidak mustahil saya akan membelinya. Tidak lupa juga saya turut memberi nasihat kepada mereka tentang gejala yg tdk sepatutnye mereka tiru.

  8. fiza Berkata:

    erm… takut la pulak bila memikirkan benda2 mcm ni terjadi kt remaja kita… ibu bapa kena bentuk anaknya elok2 agar tak terdedah dengan gejala yg xsepatutnya….

  9. gerektua Berkata:

    slain shuffle, ia juga dipanggil crazy legs…

Keratan Ini Di Petik Dari : Nizam83 Blog